KUALA TERENGGANU: Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar akan meneruskan perbincangan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung baki wang royalti atau wang ihsan yang sepatutnya diterima Terengganu. Ahmad Samsuri berkata, kerajaan negeri akan memanfaatkan semua ruang, peluang dan pendekatan yang ada untuk menyelesaikan perkara tersebut dengan cara yang berhemah. Menurutnya, kerajaan negeri akan cuba bertemu dengan Perdana Menteri untuk membincangkan perkara tersebut demi kelancaran pentadbiran dan…