Queen of Tears benam rekod Crash Landing on You - Utusan Malaysia

Queen of Tears benam rekod Crash Landing on You

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Queen of Tears (QOT) yang selesai ditayangkan malam tadi mencipta sejarah selepas menjadi drama yang paling ramai ditonton di Korea Selatan.

Berdasarkan data yang dikongsi Nielsen Korea, rekod itu dipegang QOT selepas episod akhirnya mencatat jumlah tontonan tertinggi iaitu 24.8 peratus, sekali gus membenam rekod drama lakonan Hyun Bin Crash Landing on You (CLOY).

Bukan itu sahaja, drama lakonan Kim Soo-hyun dan Kim Ji-won itu juga mencipta rekod yang belum pernah dicapai mana-mana drama yang diterbitkan stesen tvN sebelum ini.

Manakala drama lain yang turut mendapat tumpuan kali ini iaitu Hide oleh stesen siaran JTBC hanya mencatatkan 4 peratus manakala drama ‘Beauty and Mr. Romantic’ di KBS 2TV mencatat peningkatan secara purata sebanyak 15.2 peratus.

Sementara itu, pelakon QOT meluahkan terima kasih kepada semua penonton yang telah menyokong lakonan mereka.

“Sepanjang penggambaran dijalankan, saya sejujurnya gemuruh dan teruja pada masa yang sama. Hari ini, saya sangat sedih kerana drama ini sudah berakhir. Saya juga sangat seronok menonton drama ini seperti anda semua.

“Terima kasih untuk kasih sayang dan telah menyukai drama kami ini,” kata Kim Ji-won yang membawa watak Hein menerusi drama tersebut.

Untuk rekod, QOT dihasilkan oleh penulis skrip yang sama untuk drama CLOY serta beberapa drama hits lain seperti ‘My Love From the Star’ oleh Park Ji-eun.

QOT mengisahkan tentang seorang perempuan Hein yang disahkan hanya mempunyai tiga bulan sahaja masa untuk hidup. Kehidupan rumah tangganya yang dingin bertukar selepas berita buruk menimpanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×