Projek lebuh raya PJD Link Expressway tidak diteruskan

Projek lebuh raya PJD Link Expressway tidak diteruskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan hari ini memutuskan untuk tidak meneruskan projek pembinaan lebuh raya Petaling Jaya Dispersal Link (PJD Link Expressway) selepas ia gagal memenuhi syarat-syarat ditetapkan.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri di sini, hari ini.

Beliau berkata, projek itu tidak diteruskan selepas enam daripada 11 syarat ditetapkan gagal dipenuhi pemegang konsesi projek berkenaan.

“Kementerian Kerja Raya (KKR) akan mengeluarkan kenyataan lanjut mengenai perkara itu dalam masa terdekat.

“Keputusan hari ini kerajaan tidak memberikan pelanjutan masa kerana ia (pemegang konsesi) gagal memenuhi syarat ditetapkan,” katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Jemaah Menteri, hari ini.

Katanya, beliau difahamkan, tiga kali tempoh pelanjutan telah diberikan kepada pemegang konsesi projek itu bagi melengkapkan syarat berkenaan namun, masih gagal dipenuhi.

Pada Julai tahun lalu, Kerajaan Negeri Selangor memutuskan untuk membatalkan permohonan pembinaan lebuh raya berkenaan kerana pelan dikemukakan tidak menepati syarat

Malah, pada 24 Februari lalu, Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari turut meminta pemaju lebuh raya yang dicadangkan untuk merundingkan semula jajarannya dengan Kerajaan Persekutuan.

Sebelum ini juga, Gabungan Persatuan Penduduk Taman Medan, Petaling Jaya yang mewakili 50,000 penduduk berharap kerajaan negeri dapat mengkaji semula pembinaan lebuh raya itu kerana ia mampu menyuraikan trafik di kawasan itu yang semakin serius.

PJD Link (M) Sdn Bhd (PJD Link), pemegang konsesi bagi cadangan PJD Link Expressway) sebelum ini memperoleh pembiayaan berjumlah RM922 juta, sebahagian daripada keperluan membiayai projek lebuh raya berkenaan. – UTUSAN

habis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN