GEORGE TOWN : Polis Pulau Pinang akan terus meningkatkan kawalan keselamatan di negeri ini dalam usaha mengesan suspek yang bertindak melepaskan tembakan ke arah isterinya sebelum terkena pengawal peribadi dalam kejadian di Balai Ketibaan, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam. Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, kawalan tersebut akan ditingkatkan menerusi risikan, pengawasan serta pemeriksaan yang dibuat melalui sekatan jalan raya. “Kami juga akan…