Polis sita 105 motosikal, keluar 805 saman - Utusan Malaysia

Polis sita 105 motosikal, keluar 805 saman

SEBAHAGIAN daripada motosikal yang disita dalam Op Khas Motosikal di Kerteh, Kemaman, semalam. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Polis menyita sebanyak 105 buah motosikal dalam Op Khas Motosikal yang dijalankan di daerah ini selama tiga hari bermula Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, pihaknya turut mengeluarkan 805 saman atas pelbagai kesalahan trafik.

Menurutnya, antara kesalahan yang dikesan ialah pengubahsuaian motosikal yang tidak mengikuti spesifikasi yang dibenarkan, penggunaan ekzos bising, tiada lesen dan cukai jalan tamat tempoh.

“Operasi ini melibatkan kekuatan kira-kira 60 anggota polis yang melakukan operasi sekatan jalan raya di sekitar laluan utama dan laluan yang dikesan menjadi tempat untuk berlumba.

“Antara kesalahan lain yang kita kesan dan cari ialah motosikal yang tiada brek belakang dan brek hadapan kerana ada kajian mengatakan ketiadaan kedua-dua brek depan dan belakang ni boleh menyebabkan pemanduan itu berlaku secara bahaya, dan ini kita cuba kesan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas turut menyertai Op Motosikal di Kerteh, dekat sini, semalam.

Hanyan berkata, dalam operasi itu, pihaknya turut menahan tujuh tujuh lelaki warga asing dan menyita sebuah kereta dan empat motosikal yang dipandu mereka.

“Kita akan terus mengadakan operasi ini dari semasa ke semasa bagi mendidik penunggang motosikal sentiasa mematuhi peraturan jalan raya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya