Polis Singapura rampas 65 vape perisa ganja - Utusan Malaysia

Polis Singapura rampas 65 vape perisa ganja

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Biro Narkotik Pusat (CNB) merampas 65 vape yang mengandungi ganja dengan menahan 36 individu, Selasa lalu.  

Hasil serbuan, pihak CNB merampas 333 gram (g) ganja, 13 g ice, 5 g ketamin, 1 g heroin, 42 pil Erimin-5, dua pil Ecstasy dan 65 peranti vape dipercayai mengandungi tetrahydrocannabinol (THC), iaitu campuran psikoaktif dalam ganja. 

Kesemua suspek dipercayai menjalankan urus niaga berkenaan menerusi aplikasi Telegram. 

Timbalan Penolong Pesuruhjaya (DAC), Aaron Tang berkata, dua suspek adalah rakyat Singapura yang disyaki mengedar dadah dengan nilai rampasan dadah dianggarkan berjumlah 19,000 dolar Singapura (RM66,000). 

“Seorang suspek wanita berusia 32 tahun diberkas dari rumahnya di kawasan Compassvale Drive di Sengkang dan merampas kira-kira 123 g ganja dan pelbagai peralatan dadah dari biliknya.

“Seorang lagi merupakan lelaki berusia 26 tahun yang juga diberkas dari rumahnya di Bedok North Street 3, dengan 107g ganja dan pelbagai peralatan dadah ditemukan,” katanya lapor Berita.Mediacorp. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya