Polis percaya individu berkait lelaki Israel masih dalam negara

Polis percaya individu berkait lelaki Israel masih dalam negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis yakin beberapa individu yang diburu selepas disyaki mempunyai kaitan dengan penahanan lelaki Israel, Shalom Avitan pada 27 Mac lalu, masih berada di dalam negara ini.

Memberitahu Utusan Malaysia, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, maklumat daripada individu-individu dicari itu penting supaya polis dapat melengkapkan siasatan sekali gus pendakwaan dilakukan segera.

Kata beliau, mereka disyaki terlibat dalam rundingan mendapatkan senjata api selain menyeludupnya masuk ke negara ini untuk diserahkan kepada Shalom.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Gerakan memburu mereka giat dilakukan dan kita tidak akan berhenti untuk mencari. Pada masa ini, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) masih menjejak individu berkenaan termasuk mengawasi pintu-pintu sempadan agar tidak dibolosi mereka,” katanya ketika dihubungi.

Semalam, Razarudin mendedahkan, lebih dua individu diburu Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas disyaki mempunyai kaitan dengan Shalom yang ditahan kerana memiliki enam pucuk pistol bersama 200 peluru hidup.

Identiti kesemua individu berkenaan sama ada warga asing atau rakyat tempatan tidak dapat didedahkan kerana ia boleh mengganggu siasatan.

Kira-kira tiga warga tempatan terdiri pasangan suami isteri dan seorang lelaki telah ditahan sebaik sahaja tangkapan dilakukan terhadap lelaki Israel berusia 36 tahun itu.

Sepanjang tempoh siasatan, keterangan 23 orang saksi terdiri polis dan orang awam juga telah diambil bagi membantu siasatan.

Buat masa ini sisasatan polis menjurus kepada merakam percakapan kesemua saksi bagi siasatan di bawah Seksyen 7 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Terdahulu, Shalom menggunakan pasport negara Perancis untuk masuk ke ibu negara pada 17 Mac lalu telah ditahan polis di sebuah hotel di Jalan Ampang dekat sini.

Penahanan lelaki berusia 36 tahun yang masuk ke negara ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) turut menemukan enam pucuk senjata api bersama 200 butir peluru.

Pemeriksaan di bilik hotel menemukan semua senjata api jenis Glock 19 Marine, Glock 17 Gen 4 ; Smith and Wesson ; Sih Sauer dan Stoeger serta peluru yang diletakkan di dalam beg miliknya.

Siasatan polis mendapati, semua senjata berkenaan dibeli suspek sebaik sahaja tiba di negara ini dengan menggunakan mata wang kripto. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×