SHAH ALAM: Polis mematahkan cubaan menyeludup dadah ke Sarawak oleh dua buruh binaan menggunakan kapal terbang di Terminal 2 Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, kelmarin. Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S. Sasikala Devi berkata, dua suspek berkenaan berjaya ditahan ketika mahu menaiki penerbangan ke negeri itu, kira-kira pukul 4 pagi. Menurutnya, tangkapan dibuat apabila pihak berkuasa mengesan bahan terlarang itu di dalam dua buah beg dan bagasi mereka menerusi…