PARIT BUNTAR: Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) meletakkan sasaran untuk merampas semula kerusi Parlimen dalam daerah Kerian, Perak yang disapu bersih Perikatan Nasional (PN) semasa pilihan raya lalu. Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), PN menang 7-0 apabila menyapu bersih dua kerusi Parlimen, iaitu Parit Buntar dan Bagan Serai. Selain itu, PN turut memenangi kesemua lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan dalam dua Parlimen tersebut iaitu,…