ALOR SETAR: Penyamaran penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebagai penumpang bas ekspres berjaya mengesan perbuatan pemandu kenderaan itu menggunakan telefon pintar termasuk melayari TikTok ketika memandu, baru-baru ini. Timbalan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, Shahrul Azhar Mat Dali berkata, ketiga-tiga pemandu terbabit dikesan berbuat demikian ketika dalam perjalanan dari Terminal Bas Shahab Perdana, di sini ke destinasi masing-masing iaitu ke Ipoh, Perak dan Kuala Lumpur. “Hasil penyamaran penguat…










