KUALA LUMPUR: Kementerian Ekonomi akan membuka semula pendaftaran dan pengemaskinian Pangkalan Data Utama (PADU) untuk tempoh yang singkat.
Menterinya, Rafizi Ramlii berkata, pembukaan semula itu setelah kerajaan membuat keputusan bentuk dan mekanisme subsidi bersasar.
Menurutnya, berdasarkan rekod pendaftaran dan pengemaskinian PADU mengikut negeri, Rafizi berkata, Perlis merekodkan peratusan tertinggi dengan 66.9 peratus diikuti Kelantan (65.2 peratus), Terengganu (62.7 peratus) serta Perak, 60.3 peratus.
Sementara negeri yang mencatatkan peratusan pendaftaran dan kemas kini di bawah 50 peratus jelas beliau adalah Johor dengan 48.4 peratus, Selangor (44.5 peratus), Sarawak (46.7 peratus) serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 47.6 peratus.
“Saya mengucapkan penghargaan kepada semua rakyat yang sudah mengambil inisiatif untuk mendaftar PADU.
“Komitmen yang tinggi dan tidak berbelah bagi juga ditunjukkan oleh pasukan PADU sejak hari pertama pendaftaran dibuka hingga pendaftaran ditutup,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Pendaftaran dan pengemaskinian PADU ditutup tengah malam tadi, selepas ia mula dibuka kepada orang ramai pada 2 Januari lalu.
Seramai 11.55 juta atau 52.6 peratus rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas telah sistem Pangkalan Data Utama (PADU) berjaya mendaftar selepas ia ditutup tengah malam tadi.
Jjumlah tersebut menjadikan 58.7 peratus secara keseluruhan profil rakyat termasuk ahli isi rumah bawah 18 tahun berjaya dikemaskini di sistem PADU.
Rafizi memberitahu, langkah seterusnya adalah untuk membentangkan perancangan penyasaran semula subsidi kepada jemaah menteri pada bulan ini.
Katanya, sebarang pengumuman berkenaan hal ini akan diumumkan oleh kerajaan pada masa yang akan datang.
“Kepada mereka yang tidak berjaya mendaftar dan mengemaskini profil di PADU, data pentadbiran sedia adalah mencukupi dan akan digunakan untuk kerajaan menentukan kelayakan individu bagi tujuan penyasaran semula subsidi,” katanya. – UTUSAN










