Pemasangan jalur rentas kuning perlu ikut standard JKR

Pemasangan jalur rentas kuning perlu ikut standard JKR

AHMAD MASLAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan akan memastikan pemasangan jalur rentas kuning di jalan raya mengikut Garis Panduan Manual Fasiliti Keselamatan Jalan dan spesifikasi ditetapkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) .

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, ia bagi memastikan pemasangan jalur rentas kuning atau dikenali sebagai yellow transverse bar berkesan untuk mengurangkan halaju kenderaan terutama di kawasan berisiko kemalangan.

Katanya, pemasangan yang tidak mengikuti garis panduan ditetapkan boleh menimbulkan ketidakselesaan dan mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya.

“Kajian menunjukkan terdapat sedikit pengurangan untuk halaju purata ataupun halaju peratusan ke-85 kenderaan yang melalui atas jalur rentas kuning.

“Bagaimanapun, kejayaan atau kegagalan jalur rentas kuning sebagai kaedah pengurangan kemalangan tidak harus hanya berdasarkan penurunan halaju tetapi turut mengambil kira kesan kepada peningkatan kepekaan pengguna jalan raya,” katanya menerusi jawapan pertanyaan lisan di Dewan Negara, semalam.

Menerusi laporan sebuah portal baru-baru ini, pengguna menyatakan kebimbangan mengenai saiz dan kelebaran jalur rentas kuning  yang boleh memberikan kesan kepada pemanduan serta mendatangkan risiko keselamatan terutama penunggang motosikal.

Sebagai rekod, garis rentas kuning perlu disediakan di bahagian jalan yang lurus sahaja bagi mengelak risiko kemalangan. 

Lebarnya pula antara 300 ke 600 milimeter (mm) untuk setiap jalur dan ketebalannya ialah 2.5 mm sahaja. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×