Pegawai Bomba Kelantan paling ramai alami masalah kesihatan

Pegawai Bomba Kelantan paling ramai alami masalah kesihatan

BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri ini berada dalam kedudukan lima teratas jumlah pegawai mempunyai masalah kesihatan, iaitu 12 peratus daripada keseluruhan perjawatan.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Ts. Nor Hisham Mohammad berkata, empat negeri lain ialah Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang dan Labuan.

Katanya, keputusan itu direkodkan berdasarkan program rintis peringkat kebangsaan, iaitu pelaksanaan Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan (UKTK) pada tahun lalu.

“Lima negeri yang mempunyai kadar peratusan pegawai mempunyai masalah kesihatan tertinggi adalah Kelantan sebanyak 14 peratus, diikuti Terengganu (13 peratus), Johor dan Pulau Pinang (masing-masing 12 peratus) dan Labuan (sembilan peratus). Daripada 12,439 yang melaksanakan UKTK, seramai 9,313 lulus dan 3,126 gagal ujian tersebut.

“Daripada jumlah gagal dalam ujian itu, seramai 185 tidak tamat ujian, 901 me­ngalami masalah kesihatan, 423 mengalami masalah pe­nyakit kronik, 446 mengalami kecederaan otot rangka dan 96 tidak hadir tanpa sebab,” katanya selepas menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Sijil Perkhidmatan 30 Tahun dan Sijil Perkhidmatan Terpuji Tahun 2023 JBPM Ne­geri Johor, di sini semalam.

Dalam pada itu, beliau berkata, JBPM bercadang mengisi sebanyak 1,483 jawatan kosong membabitkan pegawai sepenuh masa (PSM) pelbagai gred secara berperingkat-peringkat.

Beliau berkata, pengambilan pertama melibatkan sebanyak 276 jawatan diikuti 233 lagi bagi fasa kedua pada tahun ini dan keutamaan diberikan kepada negeri-negeri yang merekodkan jumlah kes signifikan se­perti di Kuala Lumpur, Selangor dan Johor.

“Secara hakikinya, jumlah perjawatan PSM pelbagai gred dalam JBPM adalah sebanyak 14,750. Ketika ini, perjawatan adalah seramai 13,265 dan jumlah kekosongan yang perlu diisi sebanyak 1,483 atau 10.05 peratus,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN