OpenAI boleh klon suara 15 saat - Utusan Malaysia

OpenAI boleh klon suara 15 saat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: OpenAI memperkenalkan alat pengklonan suara, Voice Engine yang berupaya meniru pertuturan seseorang berdasarkan sampel audio 15 saat. 

Syarikat yang berpangkalan di San Francisco itu memaklumkan masih mengawal ketat alat berkenaan sehingga perlindungan khusus bagi menghalang audio palsu yang menipu pendengar tersedia. 

“Kami menyedari penjanaan ucapan yang menyerupai suara orang ramai mempunyai risiko besar lebih-lebih lagi semasa pilihan raya akan datang.

“Oleh itu, kami akan mengumpulkan maklum balas membabitkan rakan kongsi di Amerika Syarikat (AS) dan antarabangsa, termasuk pihak media, agensi hiburan, pendidikan dan masyarakat sivil,” katanya.

Teknologi itu diuji dengan rakan kongsi korporat OpenAI yang menunjukkan hasil yang cemerlang. 

Sebagai contoh, syarikat itu berkongsi audio air mata seorang gadis muda yang mengucapkan terima kasih kepada Dr. Fatima Mirza, Rohaid Ali dan Konstantina Svokos di Institut Neurosains Putera Norman. 

Gadis itu hilang keupayaan untuk bertutur secara normal kerana masalah tumor otak vaskular. Walaupun masih boleh membentuk perkataan dan ayat, suaranya tidak lagi sama seperti dahulu. 

Doktor menggunakan klip audio yang dirakamnya untuk projek sekolah bagi memulihkan suara normalnya kembali supaya tidak lagi berbunyi apabila bercakap. 

Selain itu, Voice Engine boleh digunakan untuk menyediakan bantuan membaca kepada kanak-kanak dan kepada golongan bukan pembaca. 

Syarikat itu bekerjasam dengan Age of Learning, sebuah syarikat teknologi pendidikan yang menggunakan teknologi menjana kandungan pendidikan berskrip. 

Bagaimanapun, perkembangan teknologi itu menimbulkan kebimbangan penyelidik mengenai risiko penyalahgunaan aplikasi berkuasa AI yang akan digunakan secara berleluasa semasa pilihan raya Presiden AS dan kebanjiran maklumat palsu.  

Ini kerana, peralatan itu dijual dengan harga yang murah, mudah digunakan dan sukar dikesan. -AGENSI  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN