SIK: Jenazah Pegawai Waran II Muhammad Faisol Tamadun, 36, anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak akan dikebumikan berdekatan pusara ibu bapanya. Kakak sulung arwah, Noryani, 50, berkata, keputusan itu dibuat setelah mereka berbincang dengan isteri Allahyarham, Nursyuhada, 37, susulan insiden menimpa Muhammad Faisol, semalam. Menurutnya, jenazah Muhammad Faisol dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Muhtadin Sik Dalam, di sini setelah semua…