Moga yang baik-baik buat Dolla -Azira Shafinaz - Utusan Malaysia

Moga yang baik-baik buat Dolla -Azira Shafinaz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Ahli De Fam, Azira Shafinaz menyatakan pengunduran Syasya dari kumpulan Dolla disifatkan satu kehilangan buat kumpulan itu.

Kata Azira, dia sangat mengagumi ahli kumpulan kerana lagu-lagu mereka tidak bosan untuk didengar.

“Saya sangat suka dengan lagu-lagu dari Dolla sehinggakan dalam Spotify saya simpan lagu mereka.

“Saya rasa ia satu kehilangan, tapi saya percaya kumpulan Dolla boleh pergi jauh tidak kisah bertempat atau bertiga.

“Mereka semua ada pakej lengkap dari segi rupa, tarian dan lagu semuanya hebat. Sekarang mereka juga sudah terkenal di China,” ujarnya.

Tambah Azira, dia hanya mendoakan buat Syasya dan kumpulan Dolla supaya terus mekar dalam industri seni suara dalam serta luar negara.

“Saya doakan yang baik-baik saja buat Syasya dan juga buat kumpulan Dolla. Saya sendiri tidak tahu sampai bila saya akan bersama dengan De Fam,” jelasnya.

Terdahulu, Dolla telah memaklumkan pengunduran diri Syasya dari kumpulan itu pada 8 April lalu atas faktor peribadi. Kumpulan itu kini dianggotai oleh Sabronzo, Tabby dan Angel.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya