MIPP sah sertai PN

MIPP sah sertai PN

MIPP sah sertai PN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) mengesahkan bahawa mereka diterima menyertai Perikatan Nasional (PN) sebagai salah satu parti komponen gabungan politik tersebut.

Presidennya, S. P. Punithan berkata, seluruh parti komponen PN memberi pengiktirafan dan sokongan sebulat suara kepada MIPP untuk menyertai gabungan tersebut.

Katanya, penyertaan MIPP bukan sahaja satu pengiktiran tetapi ia turut memberi mesej yang jelas bahawa PN memberi keutamaan kepada kaum India sebagai kaum ketiga terbesar di dalam negara ini.

“Suara dan agenda pembangunan holistik masyarakat India akan diterajui, dipimpin dan diberikan keutamaan oleh MIPP untuk memastikan kaum India tidak ketinggalan dalam arus pembangunan Negara.

“MIPP juga komited dalam merangka agenda dan naratif pembangunan ekonomi yang holistik untuk masyarakat India. Saya menyeru masyarakat India untuk memberikan sokongan kepada Perikatan Nasional untuk masa depan yang lebih cerah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Untuk rekod, MIPP memohon untuk menyertai PN sejak tahun 2023.

PN kini terdiri dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas, Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) dan MIPP. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN