Mengapa kisah cinta Bright, Nene raih perhatian? - Utusan Malaysia

Mengapa kisah cinta Bright, Nene raih perhatian?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SELEPAS video berpegangan tangan di Jepun menjadi tular, selebriti terkenal asal Thailand, Bright, mengesahkan hubungan percintaannya dengan penyanyi dari negara yang sama iaitu Nene. 

Dalam satu kenyataan di media sosial rasminya, Bright atau nama sebenarnya Vachirawit Chivaaree memohon maaf sekiranya berita percintaannya mengejutkan peminat. 

Dalam satu temu ramah pelakon yang terkenal dengan siri F4 Thailand mendedahkan dia dan Nene sudah berkawan lama. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Nene ialah individu berharga yang ditemui Bright dan mudah untuknya membincangkan apa sahaja dengan gadis itu. 

“Tidak ada satu hari pun yang saya tidak gembira. Dia membuatkan saya pergi dan pulang kerja dengan bahagia,” kata Bright. 

Sementara itu, Nene atau nama sebenarnya, Pornnappan Pornpenpipat menyatakan kekasihnya itu seorang yang sangat baik. 

Bright adalah inspirasi terbesarnya menyanyikan lagu sedih dan gembira. Dia juga bersyukur kerana mempunyai peneman seperti Bright yang menerimanya seadanya. 

MENGAPA KISAH CINTA TULAR? 

Kedua-dua selebriti ini sebenarnya mempunyai peminat yang sangat ramai di seluruh dunia. Hasil lakonannya, Bright menjadi antara 100 individu yang tersenarai sebagai artis paling banyak dicari menerusi Google pada 2022. 

Dengan pengikut hampir 17 juta di media sosial, Bright turut dilamar menjadi duta jenama mewah dunia seperti Burberry. 

Tidak kurang hebatnya, Nene merupakan seorang artis yang digelar idol selepas debut di China menerusi kumpulan, BonBon Girls 303 selepas menyertai program Produce Camp 2020. 

Nene lebih dikenali dengan nama Zheng Naixin di China juga membintangi beberapa projek drama di China sebagai watak utama seperti Confess Your Love dan The Untamed. 

Bright dan Nene bagaimanapun bertemu dalam sebuah projek drama boy’s love yang meledak suatu masa dahulu bertajuk 2gether seterusnya menjadi salah satu alasan mengapa kisah cinta mereka mendapat perhatian. 

Selepas drama berkenaan mencipta fenomena, Bright dikatakan menjalin hubungan cinta dengan salah seorang pelakon dari drama yang sama iaitu Win Metawin. 

Masing-masing kemudian kerap terlibat dengan pelbagai projek dan menunjukan kemesraan. Ramai peminat yang menyukai keakraban mereka berdua dan menyokong sekiranya mereka benar-benar bercinta.

Namun begitu, ada pihak yang mengatakan Win dan Bright hanyalah kawan biasa yang saling menyokong antara satu sama lain. 

Oleh sebab itu, tidak hairanlah selepas berita percintaan Bright dan Nene menjadi tular, nama Win turut mendapat perhatian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini