‘Mendoakan Tun Abdullah diberikan afiyah’ - Anwar 

‘Mendoakan Tun Abdullah diberikan afiyah’ – Anwar 

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN)  kerana mengalami ‘small spontaneous pneumothorax‘ semalam  diberikan kesembuhan dengan segera.

Perdana Menteri berkata, beliau turut berharap negarawan itu diberikan kekuatan dan dipermudahkan segala urusan.

“Mendoakan Tun Abdullah Ahmad Badawi diberikan afiyah sesegera mungkin, dikurniakan kekuatan dan dipermudahkan segala urusan, Insya-Allah,” katanya menerusi kenyataan dalam Facebook beliau.

Terdahulu, menantu Abdullah, Khairy Jamaluddin dalam ruangan Instagram Story beliau memaklumkan bekas Perdana Menteri itu dimasukkan ke IJN kerana mengalami ‘small spontaneous pneumothorax’ atau kehadiran udara di dalam paru-paru.

Bagaimanapun, menurut bekas Menteri Kesihatan itu, Abdullah berada dalam keadaan yang stabil dan masih berada di Unit Rawatan Koronari (CCU) IJN untuk pemantauan doktor.

“Alhamdulillah, beliau berada dalam keadaan baik namun memerlukan rehat yang secukupnya. Saya mewakili seluruh ahli keluarga amat menghargai doa serta kata-kata semangat yang dititipkan buat beliau tetapi pihak IJN menasihatkan agar beliau tidak menerima pelawat buat masa ini,” katanya.

Abdullah  dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia kelima pada 31 Oktober 2003 selepas Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan. 

Beliau telah memimpin negara selama enam tahun sebelum  meletakkan jawatan pada 2 April 2009.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN