BALIK PULAU : Seorang lelaki yang dikategorikan sebagai orang kurang upaya (OKU) melecur pada anggota badan selepas terkena simbahan cecair dipercayai sejenis asid oleh seorang wanita, pagi tadi. Kejadian itu berlaku ketika kedua-dua mereka berada di dalam sebuah lif di sebuah pangsapuri di Bayan Lepas dekat sini, kira-kira pukul 9.24 pagi. Akibat kejadian tersebut, mangsa yang juga penghidap Sindrom Down terpaksa dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dengan menaiki ambulans.…