Lelaki Orang Asli meninggal dunia ketika mencari rotan di Lipis

Lelaki Orang Asli meninggal dunia ketika mencari rotan di Lipis

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Ismail Man
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS : Seorang lelaki Orang Asli meninggal dunia selepas keluar bersama isterinya mencari rotan di hutan berdekatan Kampung Sekin, Batu 9 dekat sini.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Ismail Man berkata, polis menerima laporan pada pukul 2 petang semalam (17 April) daripada seorang tok batin mengenai kejadian tersebut.

“Berasaskan laporan pengadu, mangsa, Johan Les berusia 37 tahun masuk ke hutan berdekatan kampung tersebut bersama isterinya. Mangsa dipercayai keletihan lalu tidak sedarkan diri dan kemudiannya dibawa pulang ke rumah oleh penduduk di situ.

“Lelaki berkenaan telah disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan Hospital Lipis,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini hari ini.

Menurut Ismail, pemeriksaan awal polis ke atas tubuh mangsa tidak menemukan sebarang kesan atau unsur jenayah.

“Malahan hasil pemeriksaan ke atas fizikal mangsa juga tidak menemukan kesan serangan atau gigitan haiwan berbisa,” katanya

Ujarnya, mayat lelaki Orang Asli berkenaan telah dibawa ke Hospital Lipis  untuk bedah siasat. Hasil bedah siasat mendapati sebab kematian adalah ‘Severe Chest Infection’, iaitu jangkitan kuman pada paru-paru. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN