Lelaki ditahan cabul kakak teman wanita 

Lelaki ditahan cabul kakak teman wanita 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tindakan seorang pencuci kolam mencabul kakak teman wanitanya yang berstatus orang kurang upaya (OKU) tanpa kerelaan mengundang padah apabila ditahan dalam kejadian di Ampang Jaya, Isnin lalu.

Mangsa yang berusia 29 tahun itu pada mulanya diajak lelaki berkenaan untuk berjalan-jalan menaiki motosikal kira-kira 9.30 malam 15 April lalu. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Nazruel Ekram Abu Saare berkata, selepas selesai meronda, suspek mengajak mangsa untuk pergi ke kawasan tangga di belakang lif pangsapuri di Bandar Baru Ampang dekat sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ketika di tangga, suspek bertindak mencabul mangsa. Mangsa kemudian menceritakan kejadian yang berlaku kepada adiknya yang juga teman wanita lelaki terbabit.

“Susulan itu, laporan yang dibuat dan polis berjaya menahan suspek berusia 38 tahun kerana disyaki terbabit dalam kejadian berkenaan, Rabu lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Menurutnya, hasil pemeriksaan telefon pintar suspek juga didapati turut menyimpan gambar dan video lucah. 

“Ujian saringan air kencing ke atas suspek mendapati negatif penggunaan dadah namun suspek mempunyai empat rekod jenayah lampau.

“Suspek kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini