Krisis pencemaran plastik perlu usaha bersepadu

Krisis pencemaran plastik perlu usaha bersepadu

ADNAN HUSSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Langkah bersepadu diperlukan menerusi kerjasama semua pihak bagi menangani krisis pencemaran plastik yang melanda negara sehingga mengancam persekitaran akuatik. 

Ketua Pengarah Jabatan Perikanan, Datuk Adnan Hussain berkata, usaha tersebut diperlukan untuk mengurangkan pencemaran dan penggunaan plastik serta meningkatkan kecekapan sistem pengurusan sisa.

Kata beliau, galakan penggunaan bahan alternatif sangat penting untuk menangani isu tersebut.

“Dapatan kajian menunjukkan jenis plastik yang kerap ditemukan dalam persekitaran akuatik tempatan dan global adalah rayon, polyethylene dan polypropylene. Jenis plastik ini digunakan secara meluas dalam kehidupan seharian terutama dalam industri pakaian, pembungkusan makanan serta lain-lain industri.

“Lebih membimbangkan adalah bahan kimia yang digunakan di dalam penghasilan plastik seperti bispenol A (BPA) dan phthalate boleh dirembes dan berakumulasi di dalam persekitaran, sumber makanan dan kebimbangan adalah mengenai kesan jangka panjang terhadap Kesihatan sejagat.

“Hubung kait antara bahan kimia ini dengan masalah kesihatan seperti ketidakseimbangan hormon dan masalah kesihatan seperti ketidakseimbangan hormon serta masalah reproduksi banyak dilaporkan,” katanya di dalam satu kenyataan, hari ini bersempena dengan Hari Bumi Sedunia.

Untuk rekod, ‘Planet vs Plastics’ dipilih sebagai tema untuk sambutan hari tersebut. Ia dipilih bagi menangani salah satu isu sejagat masa ini iaitu pencemaran plastik dan keperluan bertindak demi mencapai sasaran pengurangan 60 peratus pengeluaran plastik global menjelang tahun 2040.

Adnan berkata, pendedahan berterusan mikroplastik pada kepekatan yang tinggi kepada ikan mengakibatkan impak negatif seperti tekanan oksidatif, keradangan, imunotoksik, genotoksik dan kerosakan asid deoksiribonukleik (DNA).

Jelasnya, ia turut memberi kesan dengan mengubah microbiota usus yang memberi kesan kepada pertumbuhan dan kualiti air.

“Selain itu, kepadatan mikroplastik yang tinggi di pantai penetasan penyu akan meningkatkan suhu pasir Pantai sekaligus mengancam perkembangan penetasan penyu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN