Konsulat Malaysia New York pantau maklumat gempa bumi

Konsulat Malaysia New York pantau maklumat gempa bumi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Konsulat Jeneral Malaysia di New York sedang giat menyelaras usaha dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung kejadian gempa bumi melanda berhampiran Stesen Whitehouse, New Jersey di New York.

Kementerian Luar Negeri memaklumkan, walaupun tiada laporan kerosakan besar atau kecederaan dilaporkan, pihak berkuasa masih menilai keadaan dan situasi semasa.

Kata Wisma Putra, notis pemberhentian darat telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan di lapangan terbang utama.

“Pihak berkuasa tempatan juga telah menggantungkan beberapa perkhidmatan pengangkutan awam buat sementara waktu.

“Rakyat Malaysia di kawasan terjejas dinasihatkan untuk berwaspada dan berhati-hati, dan mengikuti perkembangan terkini serta nasihat yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa sama, Wisma Putra menasihatkan

rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular atau mempunyai sebarang pertanyaan lanjut dinasihatkan menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di New York.

Semalam, satu gempa bumi dengan magnitud 4.8 melanda berhampiran Stesen Whitehouse, New Jersey, kira-kira pukul 10:20 pagi waktu tempatan.

Gegaran dirasai di seluruh kawasan Tri-State (New York, New Jersey, Connecticut), dan sejauh utara Massachusetts. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN