PETALING JAYA: Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Kewangan perlu lebih telus mendedahkan proses pemberian tender melibatkan syarikat Heitech Padu Berhad selepas timbul pelbagai keraguan terhadap kontrak diperoleh. Ahli Parlimen Jerantut yang juga Ketua Portfolio Pengangkutan Perikatan Nasional (PN), Khairil Nizam Khirudin berkata, pihaknya memandang serius isu penganugerahan kontrak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bernilai RM190 juta kepada syarikat tersebut. Menurut beliau, kebimbangan sama turut dizahirkan rakyat lebih-lebih lagi antara pemegang utama saham…