Keputusan PRK KKB jadi referendum kepada kerajaan - Dominic

Keputusan PRK KKB jadi referendum kepada kerajaan – Dominic

DOMINIC LAU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu mampu menjadi referendum kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, kalah atau memang di PRK memang tidak akan mengubah kerajaan, tetapi ia mampu menjadi suara rakyat kepada kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Referendum ini mampu menjadi suara ketidakpuasan hati rakyat khususnya warga Kuala Kubu Bharu terhadap  isu-isu sekarang  seperti harga barang naik, kenaikan cukai barang dan perkhidmatan (SST), isu beras dan lain-lain,” katanya dalam sidang media di Menara PGRM di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Presiden Gerakan itu turut menyelar tindakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming yang mengumumkan peruntukan sebanyak RM5.21 juta di Kuala Kubu Bharu. 

“Perbuatan itu merupakan satu perbuatan politik yang kurang matang dan kotor”, katanya.

Jelasnya, peruntukan yang diberikan itu jelas akan mempengaruhi pergerakan undi di kawasan kerana disifatkan perbuatan itu sebagai membeli undi. 

Terdahulu, media melaporkan, Kor Ming memperuntukkan RM5.21 juta kepada Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) bagi menambah baik infrastruktur awam di bawah kelolaannya untuk kesejahteraan penduduk. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN