STRASBOURG: Perancis digegarkan dengan insiden penemuan kepala seekor babi jantan berhampiran sebuah masjid di Contrexeville di wilayah Vosges, bahagian timur negara tersebut. Penemuan itu menunjukkan unsur hasutan dan kebencian kaum yang semakin meningkat sekaligus mencalarkan kesucian bulan Ramadan yang disambut oleh umat Islam di seluruh dunia. Menteri Dalam Negeri Perancis, Gerald Darmanin menyelar tindakan melampau terhadap umat Islam di negara itu. Beliau turut mendedahkan terdapat dua lagi masjid di utara…










