Kemasukan warga asing  ada hubungan diplomatik tidak boleh disekat

Kemasukan warga asing  ada hubungan diplomatik tidak boleh disekat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kemasukan warga asing dari mana-mana negara yang mempunyai hubungan diplomatik dengan kerajaan Malaysia tidak boleh disekat.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, kemasukan lelaki Israel, Shalom Avitan pada 12 Mac lalu tidak dapat dihalang kerana dia menggunakan pasport dari negara Perancis bukan pasport Israel.

Men jurut beliau, siasatan awal mendapati Shalom membuat pasport negara Perancis yang dimilikinya di Kedutaan Perancis di Tel Aviv, Israel.

“Alamat pasport lelaki berkenaan juga di negara berkenaan (Israel), dan apabila dia memasuki negara ini menggunakan pasport Perancis maka kita tiada halangan selepas beranggapan individu terbabit adalah warganegara seperti pasport yang dibawanya.

“Bagaimanapun seseorang warga asing tidak akan dibenarkan masuk sekiranya terdapat sekatan dalam rekod Polis Antarabangsa (INTERPOL) selain terbabit dan dikehendaki oleh mana-mana negara atas kesalahan yang dilakukan,” katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman, di sini hari ini.

Razarudin berkata, beliau yakin, Shalom berjaya melepasi pemeriksaan imigresen kerana dia tidak menggunakan pasport negara asalnya.

“Sekiranya dia (warga Israel) menggunakan pasport Perancis) perkara ini tidak menjadi salah.

“Malah terdapat juga warga Israel menggunakan pasport Amerika Syarikat (AS) dan kita tidak boleh menolak, sekiranya pasport itu tulen,” jelasnya.

Beliau berkata, sekiranya Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai atau menerima maklumat bahawa terdapat individu yang bermasalah atau dikehendaki ingin memasuki negara ini, maka tindakan susulan akan diambil berdasarkan risikan dan perkongsian maklumat.

“Tindakan ini sudah pastinya membabitkan semua agensi keselamatan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) khususnya PDRM dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM),” jelasnya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN