SHAH ALAM: PKR melancarkan strategi baharu ke arah mendepani Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) melalui dua kerangka iaitu Keadilan Menang PRU16 (Kemas16) dan Pemerkasaan Organisasi Parti 25 (POP25). Kerangka tersebut dibina sebagai usaha memastikan PKR terus mentadbir negara selain menentukan parti terus relevan untuk 25 tahun akan datang. Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, semua lapisan kepemimpinan sama ada di peringkat pusat, negeri, cabang dan ranting perlu bergerak aktif dan…