Kelapa sawit jadi makanan, rumah orang utan

Kelapa sawit jadi makanan, rumah orang utan

Yayasan Pemuliharaan Hijau Minyak Sawit Malaysia (MPOGCF)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Orang utan mampu menyesuaikan diri dengan persekitaran di ladang kelapa sawit.

Dapatan itu diperoleh hasil kajian sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), HUTAN.

Yayasan Pemuliharaan Hijau Minyak Sawit Malaysia (MPOGCF) dalam satu kenyataan memaklumkan, tinjauan udara dan di darat mendapati penemuan sarang-sarang di belukar dan kumpulan pokok terpencil di seluruh ladang kelapa sawit di muara Sungai Kinabatangan serta di kawasan pokok nipah. 

“Orang utan menggunakan kelapa sawit sebagai sumber makanan dengan memakan pucuk muda dan buah masak daripada tandan yang gugur atau masih di atas pokok.

“Hasil kajian para penyelidik menemukan sisa buah sawit yang tidak hadam dalam sampel najis orang utan serta kerosakan daun kelapa sawit yang dilakukan oleh orang utan terhadap pokok-pokok matang tidak memberi kesan terhadap penghasilan buah.

“Dalam pada itu, kajian tersebut mendapati taburan populasi orang utan di kawasan ladang kelapa sawit bergantung kepada kewujudan hutan semula jadi dan pokok-pokok lain,” jelas kenyataan itu.

Menurutnya, kajian tersebut adalah kesinambungan penyelidikan yang dijalankan oleh HUTAN dalam Program Pemuliharaan Orang Utan Kinabatangan dari 2008 hingga 2012.

“Kajian penyelidikan ini mendapati pentingnya orang utan berupaya menyesuaikan diri dengan persekitaran mampan di ladang-ladang kelapa sawit,” katanya.Jelas kenyataan tersebut, penemuan penyelidikan tersebut dinyatakan dalam jurnal serta diterbitkan secara dalam talian oleh Cambridge University Press dengan tajuk Of Pongo, palms and perceptions: a multidisciplinary assessment of Bornean orangutans Pongo pygmaeus in an oil palm context  pada 30 Mei 2014. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN