PETALING JAYA: Selepas 15 tahun menyepi, kini kejohanan golf korporat berprestij dunia, Cabaran Golf Korporat Dunia (WCGC) bakal kembali berlangsung di Malaysia dalam masa terdekat. Syarikat Elora Global Sdn. Bhd. diberi kepercayaan dan dilantik oleh pihak pengurusan WCGC yang berpangkalan di Madrid, Sepanyol untuk menganjurkan kembali kejohanan golf korporat berprestij itu yang pernah diadakan di negara ini tidak lama dahulu. Pengarah Urusan Elora Global Sdn. Bhd., Shoban Ramlu berkata, beliau…