jutaan penduduk Mexico, AS, Kanada saksikan gerhana matahari

Jutaan penduduk AS, Mexico, Kanada saksikan gerhana matahari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK : Puluhan juta penduduk di seluruh Mexico, Amerika Syarikat (AS) dan Kanada berpeluang menyaksikan fenomena gerhana matahari yang jarang berlaku, pada Isnin.

Langit bertukar menjadi gelap bermula dari pantai Mexico, air terjun Niagara Falls sebelum berakhir di pantai Newfoundland, Kanada.

Fenomena bulan bergerak di antara bumi dan matahari itu kali terakhir berlaku di AS pada 2017, selama dua minit 30 saat.

Pentabiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) memaklumkan laluan gerhana matahari penuh bermula di Lautan Pasifik Selatan, melintasi Mexico utara, 15 negeri di AS, enam wilayah di Kanada sebelum berakhir di Lautan Atlantik.

Tempoh gerhana paling lama berlaku di Torreon, Mexico, selama 4 minit 28 saat.

Menurut NASA, gerhana matahari seterusnya akan berlaku pada Ogos 2026.

Ia akan kelihatan di Greenland, Iceland, Sepanyol, Russia dan kawasan kecil di Portugal. -BBC

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN