Jangan asyik main telefon - Hafreez Adam nasihat pelakon baru supaya berani bertanya - Utusan Malaysia

Jangan asyik main telefon – Hafreez Adam nasihat pelakon baru supaya berani bertanya

Pelakon, Hafreez Adam ketika Tayangan Perdana Program Ramadan Astro 2024 di M Resort and Hotel, Bukit Kiara. Gambar SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Hafreez Adam, 33, menasihatkan pelakon baru agar berani bertanya dan rajin belajar daripada pelakon yang lebih berpengalaman tentang selok belok dunia lakonan.

Kata Hafreez atau nama sebenarnya, Hafreez Adam Aizat, sikap tersebut memberi manfaat dan membantu golongan tersebut untuk mengasah bakat sedia ada.

“Buang ketakutan anda, bertanyalah kepada pengarah dan pelakon berpengalaman. Jangan asyik ‘main’ telefon, perhatikan macam mana pelakon senior berlakon.

“Bukanlah tak boleh ‘main’ telefon langsung, kelakuan itu pun tidak dilarang di set penggambaran. 

“Cuma, jangan malas. Rajin-rajinlah bertanya,” katanya yang ditemui sempena majlis berbuka puasa artis Starvendor, baru-baru ini.

Hafreez yang berpengalaman dalam bidang lakonan hampir 11 tahun telah membintangi lebih 30 drama dan 5 filem.

Pelakon yang dilahirkan di Kuala Lumpur ini juga dalam masa sama mengalu-alukan kedatangan pendatang baharu dalam arena drama dan perfileman tempatan.

Katanya, kehadiran pelakon baru menambah kemeriahan industri tersebut dan mengelakkan masyarakat menjadi bosan disebabkan terpaksa menonton lakonan pelakon yang sama.

“Cuma kalau nak jadi pelakon, pastikan disiplin bagus dan jangan datang lewat.

“Paling penting, datanglah dalam keadaan bersedia. Saya pernah hadap pelakon yang tak baca skrip sebelum ke set penggambaran. Kalau tak baca (skrip), performed, tak mengapa. 

“Dunia pembikinan drama dan filem sekarang bergerak pantas, kita kejar masa. Sebab itu tak boleh buang masa dengan masalah-masalah begini,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN