KOTA BHARU: Isu peribadi antara suspek dan isterinya kekal motif utama kes tempatan di Balai Ketibaan Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) Sepang kelmarin, menurut polis.
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain, setakat ini pihaknya tidak mengesan sebarang motif lain yang mendorong suspek, Hafizul Hawari, 38, melepaskan tembatan ke arah isterinya.
Tambah beliau, soal siasat juga mendapati, suspek adalah seorang yang normal.
“Suspek menggunakan pistol jenis Glock 19 Autralia dipercayai diperoleh secara haram dari negara jiran,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Dalam perkembangan lain, Mohd. Shulaily berkata, suspek sempat ke hospital swasta untuk mengambil laporan perubatan sebelum ditahan petang semalam.
Katanya, suspek ditahan sebagai keluar daripada Hospital Pakar Perdana kira-kira pukul 3 petang.
Tambah beliau, polis masih menjalankan siasatan tujuan suspek membuat laporan tersebut sama ada mahu memohon visa atau sebaliknya.
“Bagaimanapun, suspek sudah membuat pemeriksaan kesihatan di hospital swasta berkenaan sebelum kejadian tembakan dan suspek hadir semalam untuk mengambil laporan,” katanya. – UTUSAN











