Isu DNB tidak telus diputuskan minggu depan

Isu DNB didakwa tidak telus diputuskan minggu depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, isu Digital Nasional Berhad (DNB) yang didakwa tidak telus dalam operasinya akan diputuskan dalam mesyuarat yang bakjal diadakan minggu depan.

Menurut Perdana Menteri, isu DNB akan dibincang dan diselesaikan pada waktu yang sama juga.

“Mereka akan bincang. Minggu depan patut selesai. Isu DNB akan diputuskan minggu depan. Saya ingat akan ada satu mesyuarat mengenainya,” katanya ketika ditemui pemberita pada Konvensyen 25 Tahun PKR, di sini semalam.

Terdahulu, DNB dalam kenyataannya menafikan dakwaan kononnya ia bertindak tidak telus dalam menjalankan operasi dalamannya termasuk menolak persepsi negatif terhadap amalan tadbir urus dan perolehannya.

Menerusi kenyataan sama, DNB turut menjelaskan proses tender dan perolehan pihaknya mengikut struktur piawaian tadbir urus dan amalan terbaik yang paling ketat.

Penafian tersebut dibuat selepas Channel News Asia (CNA) dalam artikelnya bertajuk ‘Malaysia’s billion-dollar 5G roll-out stumbles as deal breaks down between powerful telcos, state-owned operator’ pada 19 April lalu mendakwa DNB tidak telus.

Menurutnya, DNB juga tidak bersikap telus berhubung pemberian kontrak kepada vendor pihak ketiga khususnya bagi peralatan rangkaian 5G Ericsson, serta perolehan perisian dan platform perkhidmatan awan yang berpotensi mendatangkan keuntungan.

DNB ditubuhkan pada 2021 untuk mempercepat pelaksanaan infrastruktur dan rangkai 5G negara selaras dengan Rangka Tindakan Digital Ekonomi Malaysia (MyDIGITAL). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN