Iftar Ramadan terpanjang di Malaysia

Iftar Ramadan terpanjang di Malaysia

SUASANA iftar di Esplanade Temerloh di pinggir Sungai Pahang sepanjang 2,168 meter diisytiharkan terpanjang di negara ini dan diiktiraf Malaysia Book Of Records (MBOR). – UTUSAN/SALEHUDIN MAT RASAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Majlis Iftar Ramadan di Esplanade Temerloh di pinggir Sungai Pahang sepanjang 2,168 meter diisytiharkan terpanjang di negara ini dan diiktiraf Malaysia Book Of Records (MBOR).

Program anjuran Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) ter­se­but disertai hampir 5,000 pe­ngunjung yang memenuhi ru­ang di lokasi terbabit sejak pu­kul 6 petang, kelmarin.

Pengerusi Jawatankuasa Ke­ra­jaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hi­jau negeri, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd. Ariff ber­ka­ta, pengiktirafan itu wajar dicontohi pihak berkuasa tempatan (PBT) lain di Pahang.

Katanya, sebanyak 11 PBT di seluruh negeri ini boleh me­nge­tengahkan potensi dan lokasi sebagai satu identiti menarik di daerah masing-masing untuk menarik kehadiran pelancong.

“Kerajaan negeri mengucapkan tahniah kepada MPT atas inovatif dan pengiktirafan ini dan diharapkan ia berterusan. Saya dimaklumkan tiga bulan akan datang, MPT akan cuba mengadakan karnival makan ikan patin terbesar membabitkan 1,000 tukang masak,” kata­nya di sini kelmarin.

Mohammad Fakhruddin berharap PBT di negeri ini berfikir luar kotak supaya dapat menga­dakan sesuatu yang menjangkau lebih daripada apa yang dicapai.

Sementara itu, Yang Di­per­tua MPT, Suris Mihat ber­kata, pada Disember tahun lalu, PBT tersebut ber­jaya mendapat dua pengiktirafan MBOR iaitu Pekan Sehari Terpanjang Malaysia iaitu 2,153 meter dan dan bilangan Peniaga Pasar Pagi Terbanyak melibatkan 607 orang yang berurusan menerusi urus niaga tanpa tunai. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN