Harga lemang dijangka naik antara RM1 sehingga RM3

Harga lemang dijangka naik antara RM1 sehingga RM3

HADRY Helmi (kiri) sedang membetulkan buluh lemang dibantu rakannya di Klebang, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: “Tiada lagi harga lemang RM15 sebatang dijual menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti,” kata seorang peniaga di negeri ini.

Ketika ditemui Utusan Malaysia, Samsuddin Ishak, 43, yang telah menjual juadah itu sejak 20 tahun lalu berkata, peningkatan kos bahan asas terutama santan dan beras pulut menyebabkan kenaikan harga lemang antara RM1 hingga RM3 sebatang.

Menurutnya, rata-rata peniaga tidak mempunyai pilihan terpaksa menaikkan harga antara RM18 hingga RM22 sebatang mengikut saiz disebabkan kenaikan tersebut.

“Tahun lepas masih boleh jual lemang sebatang RM15 tetapi sekarang tidak lagi, tengoklah harga beras pulut dulu RM43 tetapi sekarang RM49 hingga RM50 bagi 10 kilogram (kg).

“Santan pun dijangka naik RM1, tahun lepas saya beli RM10 bagi satu kg tetapi sekarang sudah naik RM1. Kenaikan antara RM1 hingga RM3 ini saya anggap bersesuaian dengan keadaan semasa, tidak merugikan peniaga dan tidak terlalu membebankan pembeli,” kata­nya.

Samsuddin yang berniaga di Limbongan menambah, dia te­lah menempah sebanyak 5,000 batang buluh lemang dan mula berniaga minggu ini.

Sementara itu, seorang lagi pe­niaga di Klebang, Hadry Hel­­mi, 18, berkata, dia masih me­ngekalkan harga RM15 seba­tang untuk lemang bersaiz kecil.

Katanya, walaupun harga barang asas mengalami kenaikan tetapi harga lama terpaksa dikekalkan kerana mendapat bekalan buluh bersaiz kecil.

“Ikutkan memang harga lemang kena naik harga sebab bahan asas sudah lama naik tetapi disebabkan buluh yang diperoleh bersaiz kecil, terpaksa kekal harga RM15 dan RM18,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×