Hanya satu jam diperlukan, tiket konsert Siti Nurhaliza 'licin' - Utusan Malaysia

Hanya satu jam diperlukan, tiket konsert Siti Nurhaliza ‘licin’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : “Alhamdulillah, saya sangat terharu atas sokongan semua peminat saya. Kurang dalam masa satu jam, semua tiket sudah habis dijual”

Itu luahan penyanyi, Datuk Siti Nurhaliza apabila tiket konsert Siti Nurhaliza Cinta di Awan yang bakal berlangsung Ogos depan habis terjual dalam tempoh satu jam.

“Terima kasih buat peminat yang sudah berjaya dapatkan tiket konsert dan juga kepercayaan yang diberikan.

“Saya tak sangka jualan tiket akan mendapat sambutan sehingga ke tahap ini. Selepas ini, saya juga perlu bekerja lebih keras untuk berikan persembahan yang terbaik di konsert nanti.” katanya kepada Utusan Malaysia.

Dalam pada itu, Siti percaya ramai peminatnya yang sudah terlepas peluang dapatkan tiket konsert Sebuah Epitome, Saya Siti Nurhaliza telah berusaha keras agar dapat membeli tiket utk konsert Cinta Di Awan.

Untuk info, konsert Siti Nurhaliza Cinta di Awan akan berlangsung pada 10 Ogos ini bertempat di Arena of Stars di Resort World Genting.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya