Hajat Jaafar Onn dapatkan kerusi urut tidak kesampaian

Hajat Jaafar Onn dapatkan kerusi urut tidak kesampaian

JAAFAR ONN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Anak angkat Allahyarham pelakon dan pengacara, Jaafar Onn, Mohd Hanif Mohd Hashim, mengakui, pembedahan endoskopik yang dilakukan oleh bapanya sebelum meninggal dunia sememangnya berisiko.

Katanya, ini kerana ketika pembedahan itu dilakukan, jantung Allahyarham bapanya itu berada dalam keadaan yang lemah.

“Sebelum menjalani pembedahan tersebut, doktor yang merawat ada memaklumkan prosedur itu berisiko sebab papa ada masalah jantung lemah tapi terpaksa buat sebab pendarahan.

“Kadar denyutan jantungnya memang tinggi sampai 140. Masa buat endoskopi sekitar pukul 10 pagi dan ketika melalui prosedur itu semalam, papa mengalami serangan jantung dan kemudian disahkan meninggal dunia pada pukul 11.32 pagi,” katanya.

Dalam pada itu, Hanif turut memberitahu pada mulanya arwah pergi ke klinik disebabkan mengalami tekanan darah rendah dan pendarahan tanpa henti semasa membuang air besar.

Tambah Hanif, doktor turut memaklumkan kemungkinan pendarahan itu berlaku disebabkan pengambilan ubat tahan sakit yang diambil terlalu lama.

“Papa mulanya mengalami tekanan darah rendah kelmarin dan dalam pada sama dia juga membuang air besar berdarah. Pendarahan itu terlampau banyak dan tak berhenti.

“Kemungkinan pendarahan itu disebabkan pengambilan ubat tahan sakit yang diambil oleh papa. Kalau diikutkan, memang dah lama papa ambil ubat itu, sebelum saya jaga dia lagi.

“Ubat tahan sakit itu dia makan sebab sakit lutut. Bulan puasa tahun lepas dia dapat tahu ada masalah jantung. Masalah jantung itu juga menyebabkan kakinya bengkak.

“Najis berdarah itu pula mungkin disebabkan ada ulser dalam perut. Sepatutnya bulan Februari ada rawatan susulan tapi tak dapat pergi sebab ada urusan lain. ”katanya.

Terdahulu, Jaafar Onn menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang (HSIS) kira-kira pukul 11.32 pagi semalam.

Dalam pada itu, penyanyi dan penyampai radio, Haiza yang merupakan rakan karib Jaafar Onn menceritakan, arwah ada meminta kerusi urut sebelum ini, namun tidak kesampaian.

Bila dia minta, saya rujuk dulu dengan Hanif. Saya juga tanya pendapat rakan-rakan artis lain.

“Mereka cakap kerusi urut tidak sesuai untuk arwah kerana urutan itu akan mencengkam tapak kaki dia. Kakinya sudah keluar air bisa, takut menjadi semakin melarat,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×