GRS atau BN? PH Sabah putuskan kerjasama selepas DUN bubar

GRS atau BN? PH Sabah putuskan kerjasama selepas DUN bubar

CHRISTINA Liew semasa ditemui pada majlis berbuka puasa Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar di Kota Kinabalu semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Pakatan Harapan (PH) Sabah masih bermain teka-teki untuk memutuskan rakan kerjasama menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang dijangka diadakan pada tahun depan.

PH Sabah belum memutuskan untuk bekerjasama semula dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) atau ingin bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) seperti di peringkat Persekutuan.

Pengerusinya, Datuk Christina Lew berkata, PH Sabah hanya akan memutuskan rakan kerjasama mereka selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan.

“Kita tunggu sehingga tiba masa, selepas kerajaan negeri dibubarkan sebab apa yang saya dengar, kerajaan sekarang akan terus mentadbir sehingga habis penggal iaitu sehingga bulan Oktober tahun depan,” katanya ketika diminta mengulas tentang rakan kerjasama PH menjelang PRN ke-17.

Christina yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri berkata, dalam tempoh yang masih berbaki ini, sebagai sebahagian daripada kerajaan, PH Sabah akan terus bekerja keras untuk memastikan agenda pembangunan negeri dapat dilaksanakan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Api-Api itu berkata, biarpun di peringkat Persekutuan, PH, BN dan GRS berada dalam kerajaan Perpaduan namun, situasi di Sabah sedikit berbeza.

Semasa PRN yang lalu, PH bekerjasama dengan Parti Warisan (Warisan) untuk menentang calon GRS-BN yang ketika itu merupakan rakan sekutu.

Namun, selepas BN menarik sokongan daripada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor semasa kemelut politik pada Januari tahun lalu, BN bukan lagi berada dalam blok kerajaan. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×