Fahmi nafi, laporan polis kenyataan fitnah

Fahmi nafi royalti petroleum Kelantan, Terengganu masuk ke akaun PKR

Fahmi Fadzil
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan dibuat terhadap satu hantaran yang di muat naik menerusi Facebook kononnya royalti petroleum Kelantan dan Terengganu dimasukkan ke akaun PKR.

Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil berkata, kenyataan tersebut disifatkan sebagai fitnah yang amat jijik. 

Katanya, ini kerana akaun parti  itu sentiasa diaudit dan diurus secara telus oleh barisan kepimpinan PKR.

“PKR menerbitkan akaun setiap kali kongres diadakan dan akaun tersebut diaudit juruaudit bertauliah.

“Tidak pernah ada jumlah seperti dituduh itu masuk ke dalam akaun PKR,” katanya yang juga Menteri Komunikasi dalam catatan Facebook hari ini.

Kenyataan fitnah yang dimuat naik laman Jabatan Netizen Negara itu mendakwa Kelantan dan Terengganu tidak mendapat royalti petroleum kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memasukkan ke akaun PKR. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya