Enggan komen status perkahwinan, minta doa urusan dipermudah - Utusan Malaysia

Enggan komen status perkahwinan, minta doa urusan dipermudah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Irma Hasmie, mengambil pendekatan mengunci mulut mengenai status perkahwinannya dengan suami, Redza Syah Azmeer.

Irma atau Irma Hasmie Ibrahim, 42, bagaimanapun meminta orang ramai agar mendoakan urusan diri dan anak-anak dipermudahkan.

“Mohon doa supaya Allah permudahkan segala urusan saya dan anak-anak serta Allah jaga dengan Rahmat-Nya.

“Doakan moga Allah beri ketenangan dan banyakkan rasa syukur.

“Apa yang yang penting Allah jaga hati dan fikiran kami (anak-anak),” katanya kepada pemberita.

Irma berkata demikian ketika diminta mengeluas mengenai gambar suaminya yang mengumumkan sudah berkahwin baru dengan seorang wanita, semalam.

Menurut sumber, Utusan Malaysia dimaklumkan, bahawa Irma dilihat hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam sekitar Januari lalu bersama suami, Redza Syah Azmeer.

Namun begitu, Irma juga mendiamkan diri dan tidak memberi sebarang jawapan mengenai sebab kehadiran mereka di sana.

Sebelum ini, timbul dakwaan rumah tangga Irma dan suami dikatakan sedang dilanda badai susulan jarang memuat naik foto bersama sejak Ogos 2023.

Untuk rekod, Irma dan Redza mendirikan rumah tangga pada 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya