LUMUT: Badan dua helikopter yang terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, di sini, kelmarin, telah dipindahkan dari tempat kejadian hari ini. Kedua-duanya iaitu Helikopter Operasi Maritim (HOM) jenis AW139 dan FENNEC M502-6 dibawa ke satu lokasi di dalam Pangkalan TLDM Lumut. Sumber TLDM memberitahu dua badan helikopter dan serpihannya itu dikekalkan berada dalam pangkalan tersebut bagi memudahkan siasatan lanjut terhadap kejadian yang mengorbankan 10 kru itu dijalankan.…