KUALA TERENGGANU: Bekas ahli majlis agensi kerajaan negeri ini berpangkat Datuk dan isterinya didakwa di Mahkamah Sesyen atas tuduhan salah guna kuasa dan tuntutan wakalah palsu hampir RM20,000 sejak 2019. Mohamad Zahari Harun, 64, dan isterinya, Lydia Irmawati Mahmud, 41, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan meminta untuk dibicarakan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Azhar Othman. Berdasarkan pertuduhan, Mohamad Zahari didakwa menggunakan kedudukannya sebagai Ahli Jawatankuasa Zakat Majlis Agama…