Cincin risik sudah dipulangkan, tiada jodoh antara kami- Sufian Suhaimi - Utusan Malaysia

Cincin risik sudah dipulangkan, tiada jodoh antara kami- Sufian Suhaimi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Saya anggap kami tiada jodoh. Cincin merisik juga sudah dipulangkan awal Mac lalu. Doakan yang baik-baik untuk kami.”

Demikian penjelasan penyanyi, Sufian Suhaimi yang mengesahkan hubungannya dengan teman wanita, Rania Al Sadat sudah berakhir pada awal Mac lalu.

Jelas Sufian, mereka sepakat dalam membuat keputusan tersebut dan urusan pemulangan cincin merisik juga sudah diselesaikan selepas dipersetujui kedua-dua belah keluarga.

“Kami masih berkawan dan tiada isu antara satu sama lain. Cuma hubungan merisik itu sudah tiada dah. Cincin risik juga sudah dipulangkan. Tapi semua pihak menerima dengan hati yang terbuka dan tiada rasa dendam.

“Ini keputusan bersama. Kami tiada bergaduh ke apa sebab kalau ikutkan nak nikah dari tahun lepas cuma ada perkara yang kami rasa perlu bincangkan sebab kami fikir perkahwinan bukan perkara boleh buat dengan tergesa-gesa.

“Boleh dikatakan tidak sehaluan tapi tidaklah sehingga bergaduh besar. Tiada punca orang ketiga dan pulangkan cincin tu sewaktu minggu kedua bulan Ramadan. Siapa tahu jodoh di tangan Tuhan kemungkinan kita akan bahagia bersama-sama kami pun tak tahu,” katanya.

Penyanyi Di Matamu itu berkata demikian ketika ditemui pada majlis Iftar Raya 2024 bersama artis Rusa Music & MVM Production semalam.

Sementara itu, Sufian juga menegaskan hubungan cintanya dengan wanita itu bukan hanya sekadar kandungan media sosial untuk meraih publisiti murahan demi kekal relevan dalam industri.

“Siapa yang cakap percintaan saya ini publisiti semata-mata tak baiklah. Mana ada orang nak memperdagangkan cinta terutama saya yang tak suka berkongsi masalah peribadi.

“Jauh sangat untuk saya ketengahkan hubungan cinta sebagai teknik pemasaran atau cara kekal relevan dalam industri. Tak pernah terlintas dan takkan buat pun,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, timbul dakwaan mengatakan Sufian sudah putus cinta dengan Rania apabila mereka tidak lagi mengikuti antara satu sama lain di Instagram.

Untuk info, Oktober tahun lalu, Sufian menghantar rombongan merisik kepada keluarga Rania.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN