Bilal memang minat bacaan al- Quran, rezeki kurniaan Tuhan - Neelofa - Utusan Malaysia

Bilal memang minat bacaan al- Quran, rezeki kurniaan Tuhan – Neelofa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Alhamdulillah, saya anggap itu adalah rezeki dari Allah. Bilal memang minat dengan bacaan al-Quran.”

Demikian komen pengacara dan usahawan popular, Neelofa ketika ditanya berhubung keterujaan warganet apabila anak sulungnya, Bilal menunjukkan minat terhadap bacaan al-Quran.

Kongsi Neelofa, dia dan suami, Haris Ismail tidak pernah menyuruh apatah lagi memaksa Bilal untuk membaca sebaliknya putera sulungnya itu sememangnya meminati bacaan al-Quran sejak kecil.

“Saya dan suami tidak pernah suruh atau paksa Bilal untuk baca. Memang dari kecil, kalau ada sesiapa yang baca al-Quran dalam rumah, dia akan datang dekat dan dengar. Dia duduk tepi.

“Saya rasa, kanak-kanak di usianya mudah ingat dan ikut. Dia sudah ingat beberapa surah lazim. Antara surah yang dia suka ulang, al-Asr dan beberapa surah lain lagi,” katanya.

Sementara itu, bekas pengacara MeleTop itu berkata, dia dan suami terkejut apabila Bilal juga sudah boleh mengingati beberapa ayat awal dalam surah Yasin.

“Yang paling saya dan suami paling terkejut baru-baru ini, dia ingat beberapa ayat awal dalam surah Yasin. Alhamdulillah,” kongsinya.

Untuk indo, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Haris pada 27 Mac 2021. Mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Bilal, 3, dan Abdullah Abbas yang dilahirkan pada 11 Januari lalu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN