Bekas menteri Persekutuan, Joseph Kurup meninggal dunia

Bekas menteri Persekutuan, Joseph Kurup meninggal dunia

JOSEPH KURUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan dan Intergrasi Nasional), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia, hari ini.

Pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) yang berusia 80 tahun itu menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur.

Pegawai kepada anaknya mengesahkan berita pemergian mendiang Joseph Kurup menerusi aplikasi WhatsApp sebentar tadi.

“Berita dukacita, Tan Sri baharu sahaja meninggalkan kita tadi. Jenazah masih di IJN, KL dan akan dibawa balik (ke Sabah) esok. Maklumat lanjut akan dimaklumkan kemudian,” katanya dalam satu kenyataan.

Mendiang meninggalkan seorang isteri dan enam orang anak termasuk Datuk Arthur yang kini memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Sepanjang berada dalam arena politik, bekas Ahli Parlimen Pensiangan itu juga pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli dan Timbalan Menteri Kemajuan Bandar dan Wilayah.

Mendiang bersara daripada arena politik pada awal tahun lalu untuk memberi laluan kepada anaknya Arthur menerajui PBRS sebagai Presiden. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×