Pemergian Joseph Kurup kehilangan besar buat Sabah

Pemergian Joseph Kurup kehilangan besar buat Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU:  Sabah kehilangan seorang pemimpin yang berpengalaman dan luar biasa dengan pemergian bekas Ahli Parlimen Pensiangan, Tan Sri Joseph Kurup, semalam.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, mendiang mempunyai corak kepemimpinan luar biasa dan banyak menyumbang kepada pembangunan komuniti, negeri dan Malaysia.

“Saya ingin menyampaikan ucapan takziah dan simpati yang mendalam kepada keluarga mendiang Tan Sri Joseph Kurup.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mengimbau ketika saya bekerja bersama mendiang sebagai Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian pada 1994, saya diingatkan dengan kepemimpinannya yang luar biasa dan sumbangannya kepada komuniti, negeri dan negara kita.

“Legasi Tan Sri Joseph Kurup adalah satu dedikasi dan perkhidmatan, ia satu kehilangan yang besar kepada kita,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Joseph meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur semalam.

Joseph, 79, menubuhkan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) pada 1994 selepas meninggalkan Parti Bersatu Sabah (PBS) setelah kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan tumbang ketika itu.

Jenazah mendiang Joseph sepatutnya dibawa pulang menaiki penerbangan ke Sabah pada pukul 9.15 pagi ini namun, penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu terpaksa dibatalkan susulan letusan Gunung Berapi di Sulawesi, Indonesia.

Jenazah mendiang akan dibawa ke Fook Lu Siew Funeral Parlour bagi penghormatan terakhir. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini