Bekas ADUN Balingian meninggal dunia

Bekas ADUN Balingian meninggal dunia

BEKAS Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Datuk Abdul Ajis Abdul Majeed
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Datuk Abdul Ajis Abdul Majeed meninggal dunia, awal pagi ini.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Pusat Jantung Sarawak, Kota Samarahan kira-kira pukul 3.33 pagi. 

Menurut anak bongsu Allahyarham, Athirah Abdul Ajis, 34, jenazah ayahnya akan dikebumikan petang hari ini di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah di Samariang di sini.

“Beliau dimasukkan ke Pusat Jantung Sarawak petang semalam dan meninggal dunia awal pagi tadi. 

“Arwah bapa saya kini berada di kediaman keluarga kami di Gita dan akan dikebumikan sebentar lagi,” katanya ketika dihubungim hari ini. 

Abdul Ajis, 73, berkhidmat sebagai ADUN Balingian selama tiga penggal, dari 1987 hingga 2001.

Beliau meninggalkan isterinya, Daling Suut, empat anak, tiga perempuan dan seorang anak lelaki. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN