‘Bahagia cara kami, kekal privasi’ - Utusan Malaysia

‘Bahagia cara kami, kekal privasi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERKAHWINAN yang dimeterai sudah memasuki usia setahun. Namun sehingga ke tarikh pendedahan yakni ketika Ramadan tahun ini, pengarah tersohor, Datuk Afdlin Shauki lebih senang menyimpan rahsia.

Bukan mahu menyorokkan status sebagai suami kepada wanita kiriman syurganya, Marcella, namun baginya kebahagiaan berumah tangga lebih tenang jika dinikmati berdua. Tanpa pantulan lensa kamera dan perhatian.

Namun entah apa yang merasuk, award-winning director ini akhirnya membuka cerita. Memperkenalkan Marcella kenapa umum. Cuma apa yang seharusnya dirahsiakan, tetap kekal rahsia.

“Ini adalah isteri saya, Marcella. Sebelum ini, dia bekerja dengan saya. Tetapi sekarang dia sudah jadi bos besar. Menguruskan salah satu perniagaan saya,” kata Afdlin sambil memandang manja isterinya.

Lantas perhatian terus beralih kepada wanita berusia 29 tahun itu. Pertanyaan terarah kepada bagaimana dia boleh terbuka hati menerima figura yang mungkin di mata segelintir pihak, berusia untuknya.

Perbezaan umur 23 tahun tidak langsung menjadi tanda tanya tatkala hati menerima lamaran. Bagi Marcella, suaminya itu memenuhi ciri-ciri lelaki idaman dan secocok dengan impian memiliki imam persis ayahnya.

“Alhamdulillah kami bahagia. Apa sahaja pandangan, pendapat orang luar, yang merasai kebahagiaan dan ketenangan berumah tangga adalah kami. Saya tak tahu nak cakap apa sebab kali pertama berkahwin.

“Ini satu pengalaman baharu. Sebab itu saya okay sahaja untuk sorokkan identiti, lagipun dia memang dari dulu sejenis suka privasi. Saya juga sudah biasa bekerja dengan dia sebelum ini, jadi dah faham.

“Pasal usia ke apa, bagi saya tak ada masalah. Saya memang impikan suami yang matang, ada ciri-ciri macam Allahyarham bapa saya. Alhamdulillah, dipermudahkan urusan kami,” ujarnya malu.

Ditanya mengapa memilih untuk merahsiakan perkahwinan mereka yang disimpan selama ini, Marcella dengan tenang menjawab, itu adalah atas permintaan arwah ayahnya yang meninggal pada April tahun lalu.

“Sejujurnya, itu salah satu sebab juga kenapa kami jaga privasi. Sebabnya, ayah saya sakit dan itu adalah permintaannya sebelum dia meninggal.
“Alhamdulillah, kami dapat tunaikan. Dia memang minta untuk percepatkan dan Alhamdulillah dapat ditunaikan sebelum dia meninggal dunia,” katanya.

Untuk info, Afdlin berumah tangga dengan bekas isterinya, Maria Christina Orow Abdullah pada 1997 dan dikurniakan tiga anak iaitu Mia Sara, Anais dan Ileana Matin sebelum bercerai pada April 2022.

HARIMAU MALAYA: THE UNTOLD JOURNEY
Membuka gelanggang bicara tentang projek baharu, Afdlin sebenarnya tidak sabar menanti reaksi peminat-peminat filem tempatan terhadap karya arahan baharunya, Harimau Malaya: The Untold Journey.

Jelas Afdlin, naskhah mengangkat kisah pasukan bola sepak kebangsaan itu terpaksa diolah dalam bentuk fiksyen dengan sedikit penambahan bagi mencantikkan jalan cerita.

“Ini adalah naskhah fiksyen sebab kalau mahu menghasilkan drama tertentu dengan mengikut cerita sebenar Harimau Malaya, kami perlu ambil lesen artistik. Sebab itu, pihak produksi ambil keputusan untuk menghasilkan filem ini secara fiksyen.

“Sebagai pemain bola sepak, masalah paling besar adalah mental, bukan skil. Jika skil sudah tentu mereka ada, tapi mental mungkin dipengaruhi daripada apa sahaja masalah yang terjadi di rumah atau sebagainya.

“Jarang sekali seorang pemain bola yang mendedahkan perkara sebegitu. Jadi, kita buat andaian sahaja mengenai jalan cerita pemain bola sepak dalam filem ini,” kongsinya.

Bercakap tentang cabaran, banyak perancangan terpaksa ditukar di saat akhir kerana masalah cuaca yang memaksa mereka menangguhkan sementara penggambaran filem lakonan Meerqeen, Sophia Albarakbah dan ramai lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya